Khamis, 28 April 2011

Petua Mengasihi Isteri


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".   


2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.  


3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.  


4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.   


5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.   


6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.  


7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.   


8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.   


9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.   10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.   


11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.  


12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.   


13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan. 


14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.   
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.  
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan. 
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.  
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.   
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.  


Untuk Tatapan Para Suami

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...   Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....   Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...   Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....   Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...   Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....   Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....   Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....   Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...   Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku   Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....   Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....     Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI     Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...   Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...   Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...   Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan   Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....   Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....   Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...   Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?     P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

Adriana berwajah baru

Hari Isnin lepas Adriana dah berwajah baru... Dia dah cukur rambut... Lambat lak nak masuk entry ni... maklumla, ibu pakai prepaid broadband... tak sempat nak beli top up.... lagi pun ibu tak leh nak kuar rumahsebab berpantang, kalu tak cepat jer ibu start keja gi kedai... heheeh... ni dah anak 2 ni... nampak nye kena tunggu ayah jer lah bawak kita jenjalan... nak harap ibu bawak 2 heroin ibu ni rasa nyer tak termampu nanti.. kakak yang semakin aktif, adik yang masih kena berdukung... wah... tak terkejar ibu nanti...

tengok la adriana yang dah berwajah baru...



Jumaat, 22 April 2011

22 hari sudah...

Hari ni dah 22 hari aku berpantang... setelah melahirkan anak ke-2. dugaan berpantang tu x la kuat sangat. Sebab dah biasa berpantang masa anak pertama... Dari segi makan, aku ni bukan la seorang yang gila pemakan... Biasa-biasa aje.. hehehe... Ye ke???? Leh percaya ka....

Haifa Adriana pun dah semakin membesar.... dah leh melihat pergerak yang lalu depan mata dia... dah pandai senyum, dan ada gaya-gaya nak aqe... aqe... dah beso dah anak ibu...

Haifa Afiqh lak semakin aktif... Ya Allah... menjaga anak yang semakin aktif semasa berpantang ni memang menguji kesabaran betul... kalu tak kena gaya leh kena meroyan dibuatnye... hehehehe.... macam-macam kelaku yang ditunjukkan.... Tahap kesabaran aku leh kontrol lagi... Kalu x kena gaya, tangan juga hinggap kat tangan Haifa... Sian gak kat dia, sejak ada adik ni, asik kena marah jer... tapi marah aku tak de la keterlaluan sangat... Cuma tahap mengajar jer....

Tahu kat ayah deme, mau nyer ibu dia kena marah balik.... heheheh... Ayah deme seorang yang penyabar... Ibu tak leh lawan dengan tahap kesabaran ayah yang lebih tinggi dari ibu.... kikikiki... Macam mana seorang lelaki lagi sabar dari seorang perempuan.....

Khamis, 21 April 2011

Akhir nye..........

Yahooooo................. akhir nyer aku dah berjaya menambah 2 segmen untuk anak-anakku, dan my honey.... try p, try my.... akhirnye dah leh wujud slot yang aku nak... hehhee

bukan pa, aku leh gak asingkan citer-citer anak-anakku dengan honeyku.... leh ler citer macam-macam...
pasni korang tengok la entry terbaru aku... itu pun kalu sempat....

dah anak dua baru nak belajar buat blog... masa bujang-bujang dulu tak nak lak buat... masa begitu banyak...
sekang dah terhad.... baru nak mula pegang notebook... dah dipanggil kakak.... setel kakak... adik lak mintak perhatian... hehehe.. itulah kehidupan berkeluarga...

Selasa, 12 April 2011

KEHADIRAN INSAN TERBARU

                                                            2 jam selepas dilahirkan

ayah sedang mengqamat 
10 hari selepas kelahiran...