Khamis, 28 April 2011

Adriana berwajah baru

Hari Isnin lepas Adriana dah berwajah baru... Dia dah cukur rambut... Lambat lak nak masuk entry ni... maklumla, ibu pakai prepaid broadband... tak sempat nak beli top up.... lagi pun ibu tak leh nak kuar rumahsebab berpantang, kalu tak cepat jer ibu start keja gi kedai... heheeh... ni dah anak 2 ni... nampak nye kena tunggu ayah jer lah bawak kita jenjalan... nak harap ibu bawak 2 heroin ibu ni rasa nyer tak termampu nanti.. kakak yang semakin aktif, adik yang masih kena berdukung... wah... tak terkejar ibu nanti...

tengok la adriana yang dah berwajah baru...



Jumaat, 22 April 2011

22 hari sudah...

Hari ni dah 22 hari aku berpantang... setelah melahirkan anak ke-2. dugaan berpantang tu x la kuat sangat. Sebab dah biasa berpantang masa anak pertama... Dari segi makan, aku ni bukan la seorang yang gila pemakan... Biasa-biasa aje.. hehehe... Ye ke???? Leh percaya ka....

Haifa Adriana pun dah semakin membesar.... dah leh melihat pergerak yang lalu depan mata dia... dah pandai senyum, dan ada gaya-gaya nak aqe... aqe... dah beso dah anak ibu...

Haifa Afiqh lak semakin aktif... Ya Allah... menjaga anak yang semakin aktif semasa berpantang ni memang menguji kesabaran betul... kalu tak kena gaya leh kena meroyan dibuatnye... hehehehe.... macam-macam kelaku yang ditunjukkan.... Tahap kesabaran aku leh kontrol lagi... Kalu x kena gaya, tangan juga hinggap kat tangan Haifa... Sian gak kat dia, sejak ada adik ni, asik kena marah jer... tapi marah aku tak de la keterlaluan sangat... Cuma tahap mengajar jer....

Tahu kat ayah deme, mau nyer ibu dia kena marah balik.... heheheh... Ayah deme seorang yang penyabar... Ibu tak leh lawan dengan tahap kesabaran ayah yang lebih tinggi dari ibu.... kikikiki... Macam mana seorang lelaki lagi sabar dari seorang perempuan.....

Khamis, 21 April 2011

Akhir nye..........

Yahooooo................. akhir nyer aku dah berjaya menambah 2 segmen untuk anak-anakku, dan my honey.... try p, try my.... akhirnye dah leh wujud slot yang aku nak... hehhee

bukan pa, aku leh gak asingkan citer-citer anak-anakku dengan honeyku.... leh ler citer macam-macam...
pasni korang tengok la entry terbaru aku... itu pun kalu sempat....

dah anak dua baru nak belajar buat blog... masa bujang-bujang dulu tak nak lak buat... masa begitu banyak...
sekang dah terhad.... baru nak mula pegang notebook... dah dipanggil kakak.... setel kakak... adik lak mintak perhatian... hehehe.. itulah kehidupan berkeluarga...

Selasa, 12 April 2011

KEHADIRAN INSAN TERBARU

                                                            2 jam selepas dilahirkan

ayah sedang mengqamat 
10 hari selepas kelahiran...

Rabu, 23 Mac 2011

TOLONG... TOLONG

Macam mana ni... saya tengah try buat pembahagi yg baru.. x boleh boleh la pulak.. tapi x pa... usaha tangga kejayaan... kita try sampai boleh

Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak

Jangan ambil ringan tentang cara mendidik anak kita hari ini, kerana ia akan mempengaruhi peribadi anak kelak. Elakkan perkara-perkara berikut: 40 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak:




1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak{mosimage}

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Sabtu, 1 Januari 2011

LAMA NYER....

Rupa nyer dah lama, aku x masuk blog aku ni... dah setahun lebih rupanya...
nak merepek ape ye kat sini...